Wednesday, November 20, 2019

Journey of Gigi Cantik #6

Assalamualaikum guys

Hari ni genap sebulan aku pakai braces. Sepatutnya semalam appointment aku tapi semalam aku ke Legoland dan terpaksa tunda hari ini. Nanti aku cerita pasal pergi Legoland tu. Appointment aku pukul 10 pagi jadi aku bangun awal la sikit sebab takut lambat masuk sekolah pula. Aku sampai tadi tak ramai sangatlah orang beratur dekat depan klinik tu. Jadi tak adalah lama sangat aku menunggu dekat dalam tu.

Lepas tu nurse panggil nama aku terus dia suruh aku pilih warna tapi warnanya tak cantik jadi aku tanya ada warna lain tak. Lepas tu aku pun pilihlah warna hijau dengan purple macam pelik tetapi lantak lah.  berselang-seli kau warna dekat gigi aku ni.


Ini gambar dalam bilik tu. Dekat TV tu dia play lagu Backstreet Boy ke Entahlah aku pun tak tahu.

 Doktor Irma baik sangat suka berbual. Aku ingat dia dah tak ingat dekat aku tapi dia tegur ini pakai warna-warni nanti budak lagilah tengok.  aku cakaplah tak apa doktor nanti kan cuti sekolah dah. Memang berselang Seli warna hijau dengan purple dekat gigi aku ni sekarang. 

Sebesar alam kau haa

Gigi aku ada satu batang tu dia sakit bila tanya doktor dia cakap gigi tu sebenarnya dia nak turunkan sikit jadi itu yang sakit. Masa dia nak buka getah lama tu sakit weh sebab gigi depan sakit sikit. Jadi dia tekan nak keluarkan tu Memang sakitlah sikit. Masa nak pasang yang baru tu pun sama sakit juga sebab dia tekanlah sikit gigi aku tu. Siap pasang semua dia macam cuci sikit kut gigi aku.

Dah siap semua nak keluar tu boleh lagi dia tanya aku balik bila lah. laki dia orang Kelantan Itu yang dia ingat sangat aku tu lepas tu boleh pula aku bercerita yang nanti ada flight direct AirAsia balik Kelantan dalam bulan 12 nanti. Peramah betul doktor Irma tu suka aku.

 Dah siap aku ke depan kaunter patah balik masuk jumpa doktor Irma tanya berapa lama agak-agak aku kena pakai. dia cakap paling kurang pun dalam 2 tahun setengah dan gigi aku yang jarang tu ambil masa jugalah untuk rapat balik sebab terasa rongak tu kalau ambil gambar nampaklah. Jadi aku kena ambil gambar side sebelah kiri kalau kanan nanti nampak rongak.

Gigi aku dah nampaklah macam dah start Ok cuma ada satu dekat bawah dia still senget jadi yang tu tengah sakitlah ni sikit dari yang lain. Dan aku dah start sakit balik nak gosok gigi bahagian depan. Tapi kalau ikutkan pun Memang aku makan sekarang tak boleh nak gigit semua kena potong dan sumbat dekat gigi geraham terus. Tak nikmat weh nak makan.

Okey itu jelah untuk hari ini see you soon guys babai

P/s: Aku tak larat dah nak copy paste link journey of gigi cantik aku yang lain. Korang boleh tengok dekat tagging sebelah kanan untuk tengok post yang lain 

Monday, October 21, 2019

Journey of gigi cantik #5

Assalamualaikum. Hello gais.

 Bertemu lagi kita dalam rancangan journey of gigi cantik. Hahahaha. Poyo gila. Ok. So hari ni bermula la aku pakai braces berdebor la jugak takut sakit lagi kan masa nak pasang tu. Disebabkan aku MC hari ni, jadi aku keluar awal nak pergi KWSP jap nak keluar kan lebihan caruman aku. Tapi takpe yang tu aku cerita kemudian pulak. lepas KWSP aku ke TM Point jap nak tanya pasal Pek Jasa tu. So, dalam pukul 1.00 aku sampai dekat plaza larkin. 

Appoinment aku jam 2.00 jadi aku sempat la makan dulu semua. Sebab dah tahu confirm nanti tak boleh nak makan dah. Makan la aku nasi lemak ayam. Pergghhh harga kalah nasi ambeng. RM9. Berhuhu la aku. lepas makan jam 1.45 aku naik atas rupanya dan panjang barisan. Adoiii. tepat jam 2.00 dia bukak klinik.

Hari ni lama sikit aku menunggu. Jam 3.45 baru nama aku kena panggil. sebelum dia mula tu aku bagitau doktor gigi depan aku sakit pastu rasa macam goyang. Doktor kata normal sebab mungkin effect cabut gigi belakang tu hari tu. Lagi pun sempit itu yang dia macam tertolak sikit. So lega la sikit bila doc cakap macam tu.

Lepas tu doc mula la sapu macam gel dekat gigi pastu aku rasa macam kena mesin je. Berhampas dalam mulut. Lepas cuci tu kena pakai macam pembuka mulut then nurse pun sapu macam vaselline dekat bibir. Doc pun mula pasang. Lepas tu nurse pulak letak alat lampu biru benda apa entah. Nak bagi dia melekat kot dekat gigi. Lama jugak. Dalam jam 4.30 baru selesai semua. Doc ada bagitau gigi bawah dia pasang tak sampai geraham sebab geraham aku tak betul. jadi separuh jela. Atas ok sampai geraham. 

Oh lupa, hari ni Dr. Irma sendiri yang pasang braces aku. Sepanjang dia duk pasang tu macam-macam gosip keluar dia dengan nurse tu. Aku dengar je. Hahahaha. Oh lupa lagi masuk-masuk je terus dia suruh pilih warna. Aku pilih je kelabu. Doc cakap eh banyak-banyak warna awak pilih kelabu. Pilih la warna lain. Takpe doc. Kemudian nanti saya pilih warna ye. Hahaha. Pastu dah siap dia tanya nie pakai mask kenapa tak sihat ke. Takdelah doc. Saya mengajar kan kalau tak pakai mask budak nampak cikgu gigi rongak kena nganjing je. Lepas tu keluar pulak isu pendidikan. Hahahahaha. Sabor jela. 

So ini lah rupa brace di gigi sis ye. Kelakor rasa. Tak selesa gila rasa mulut sekarang ni. Ni masa tengah taip ni dah rasa gigi sakit. Kena tarik. Nampak kan betapa tak ratanya gigi aku berterabur kedudukannya tu. 


Sebelum balik nurse ada pesan 3 hari ni makan bubur dulu. Masalahnya nak telan bubur pun rasa tak selesa. Habis la pipi pau aku ni hilang nanti. Lepas tu nurse pesan kena pakai berus gigi soft je. Aku ni pakai yang soft rasa tak bersih gigi. Lepas tu kena ada benda biru tu dalam gambar dekat bawah untuk bersihkan braces lepas makan sebab biasa akan terlekat sisa makanan. Dental wash kena guna 2 kali sehari. So menapak la aku ke AEON tadi kejap. 


So itu jela dulu untuk hari ini. Eh lupa. Payment hari ni RM1500 habis gaji sis. Hahahaha. Next appoinment 19 November pulak sebelum cuti sekolah. So see you again. Babai.

Also read

Fazliena
21 Oktober 2019
10.32 malam

Monday, October 7, 2019

Journey of gigi cantik #4

Assalamualaikum well hello gaisss

So hari ni tiba la hari appointment cabut gigi aku. Sis is nervous. Seram la. Dari kecik takut cabut gigi itu yang gigi macam roller-coaster hurmmm. Hari ni bangun awal dari biasa. Sebelum mandi masuk dapur panaskan nasi. Lauk dah ada angoh dah masak malam tadi, mandi. Dah siap pakai baju nak makan damnnnn. Plug tak on. Cucuk je. Aiyooo. Terpaksa tunggu kejap nasib ada masa lagi. Sebab kena makan dulu kan kalau tidak kebulur.

Keluar rumah dalam 9.20 macam tu. Isnin penuh lori. Nasib sampai 9.55 la lebih kurang. Klinik pun belum bukak. Tepat pukul 10.00 klinik bukak terus daftar dan tunggu. Dalam 15 minit kot tak tengok jam sangat tadi nama kena panggil terus debor. Ari tu checkup dengan doktor laki. Kali ni masuk doktor perempuan. 

Doktor tu terus tanya dah ready ke nak cabut. Pastu aku tanya la pasal gigi bongsu aku yang tido tu. Doc kata kalau tak ada rasa sakit biar jela dulu. Dia pin cerita dia pun sama siap dua belah lagi. Katanya saya pun takut nak cabut. Hahahahaha. Lawak giler doc ni.

Dia cakap la kita cuci gigi baru cabut. Mula-mula sapu ubat. Lepas tu dia pun cucuk bius. Doc cakap sakit sikit ye. Tahan sikit. Perghh part kena cucuk tu sakit weh. Lelangit dia cakap memang sakit. Dah kebas tu dia pun cakap kita cuci gigi dulu ye. Masa dia cuci tu tak rasa sangat pun sakit tu mungkin sebab dah bius kot. Sambil dengar bunyi mesin cuci gigi tu layan lagu back street boys sambil tutup mata.

Dah siap cuci dia sapu ubat lagi sekali cucuk lagi sekali kot. Time ni tak la sesakit mula-mula tadi. Dia tekan-tekan gusi area tu dengan alat macam tajam rasa maybe nak check bius tu dah betul-betul ok ke belum. Lepas tu dia cabut yang bawah dulu. Gigi yang masuk ke dalam tu sempit. Macam-macam tools dia mintak dengan nurse sebab ruanh sempit tak lepas nak kepit gigi agaknya. Aku masa ni memang tutup mata rapat. Takut aku nak tengok pliers dia guna buat cabut aku. 

Dah cabut yang bawah dia nak cabut yang atas pulak. Yess gigi depan omg memang rongak la aku. Masa dia nak cabut tu gigi tu kuat giler sampai dia cakap gigi awak sayang nak tinggal tuan dia ni. Sampai kepala aku kena pegang dengan nurse masa dia nak cabut tu. Lama jugak goyang-goyang tu akhirnya tercabut la. Perghhh. Dia suruh gigit kapas tapi air liur jadi berkumpul dalam mulut. Last sekali alu mintak mc macam mana aku nak mengajar kalah dah darah tak berhenti mengalir. Mulut pun tak boleh bukak. 

Kali ni payment RM200. Lepas bayar nak cari tempat topup touch n go. Sebab aku tak boleh bukak mulut, aku taip dekat notes tunjuk dekat acik cleaner plaza tu. Chik, kat mana nak topup touch n go? Acik tu cakap dekat pondok masuk tu boleh topup. Gi dekat pondok acik tu topup aku dengan tutup mulut nya acik tu terus cakap hati-hati ye. Cabut gigi ye. Aku pun aah angguk-angguk. Sepanjang tu banyak kali jugak aku ludah air darah. Aku syak memang aku telan je air darah tu.

Balik dari klinik, singgah sekolah kejap sebab nak ambik barang nak buat kertas kerja kem Kepimpinan. Terus balik tukar kapas baru semua. Sampai sejam lebih gitu aku pergi kumur dengan air sejuk letak ais. Lepas tu baru la darah tu slow sikit. Aku tido jap bangun tu terus rasa macam eh pelik nye kacip gigi. Effect bius dah habis kot. Kapas dah habis aku letak tisu. Ok la tisu sebab dia serap sekali air liur tidak la berkumpul dalam tekak cuma kena tukar kerap sikit sedar-sedar dah macam air liur basi meleleh. Hahahahaha

And sekarang denyut-denyut lagi area cabut tu. Malam ni sebelum tidur nak telan dulu ubat tahan sakit tu. Harap esok dah ok sikit. Aku lapar. Makan spaghetti terus telan. Teleng kepala nak letak dekat  gigi belakang.

Hari tu Leo. Hari ni Hyuk pulak. 

 Tadi aku dah order mask macam idol kpop pakai tu sampai 7 helai. Dah 1 RM1.50 nak guna voucher free delivery kena minimum RM10. So lantak la beli banyak tak pe. Untuk esok pakai je mask beli dekat diy. 


Aku pakai gini je nanti. Lemas aku kalau kena tutup hidung

So itu dulu untuk hari ni panjang pulak. Jumpa lagi 21 Oktober untuk bonding. Aku tak sure bonding tu apa. Aku syak dah pasang besi tu. Omg tak sabar. Ok la babai semua

Fazliena
7 Oktober 2019
11.37 malam

Also read

Friday, October 4, 2019

Journey of gigi cantik #3

Assalamualaikum and hi everyone 

Hari ni pergi x-ray gigi. Sebab 7/10 nanti ada appointment cabut gigi. Jenuh tau cari klinik mana nak pergi x-ray. Google then google lagi jumpa la ada orang recommend pergi klinik pergigian adda, dekat adda height. So, cantik sebab dekat je dengan rumah. 

Kita pun call la sebab kang takut tak boleh nak walk-in penat je. Bila call, receptionist yang angkat call tu lembut je cakap sis cair kejap sebab sis cakap macam jantan tak lembut macam tu. Hahaha. Dia call tanya untuk apa nak x-ray, nak buat braces dekat klinik dia atau klinik lain. Bila cakap klinik dekat larkin terus dia tanya klinik Dr Irma ke. Haaa. Bijak kau dik. 

Adik tu cakap boleh je walk-in tak perlu buat appointment. So, aku tanya la berapa bayaran adik tu cakap RM100. Fuhhh masa tu lega sebab duk bajet RM200 dah. So ok la terus on la nak kena pergi terus sebab esok walaupun hari sabtu, tapi johor cuti hari hol. Jadi ahad memang cuti, isnin aku dah kena pergi cabut gigi. Kalau tak buat hari ni memang habis la aku.


Aku ni pergi adda height tu banyak kali tapi still nak kena buka maps. Hahahaha. Pergi tadi tak tengok betul-betul boleh pulak aku sesat. Ciss. Nasib aku menghayati balik maps tu. Jumpa. Ok sampai depan klinik adoii banyak kasut. Masuk dalam perghh lawa betul design dia. Lepas tu registered tunggu tak sampai 10 minit je terus nama naik.


Masuk bilik x-ray, dia suruh bukak anting-anting. Aku macam eh, blur jap anting-anting tu apa. Hahahaha. Sebab biasa aku panggil subang je. Bukak la aku subang tu. Rasanya dari kecik aku tak pernah bukak subang tu. Kalau bukak pun bukan aku yang bukak sendiri. Nasib aku reti bukak. Pastu berdiri dekat mesin x-ray tu. Aku seram la sebab kena tutup mata kan. Kejap je siap.

Dah siap, keluar duduk jap dia panggil la untuk bayar dan ambik gambar x-ray tu. Bila aku tengok tu eh gigi bongsu aku tak tumbuh lagi ke. Pastu siap ada yang tumbuh baring lagi. Jadah betul. Dia cakap apa-apa nanti consult doktor dekat klinik Dr. Irma la.

Gigi aku ni bukan gigi google. Scary tengok gigi sendiri

Lepas bayar aku pun balik la alang-alang dah keluar singgah Aeon Dato Onn. Pusing-pusing. Aku duk aim kasut skechers adoii ada design baru sampai pagi tadi adik tu cakap. Cantik betul. Tapi harga pun boleh tahan cantik la. Tak pela next time la aku beli lambat lagi aku nak gi korea pn. Eh.

Dah merepek aku ni. Tu jela entry untuk kali ni. See you soon gaisss 7 oktober nanti. Babaiii

Fazliena
10.45 malam

Wednesday, September 25, 2019

Journey of gigi cantik #2

Assalamualaikum well hello gais

So hari ni aku lagi sekali ke klinik gigi Dr. Irma. Appointment untuk consult doktor sama ada gigi aku ok ke tidak untuk pakai braces. 

Jadi sejam aku tunggu, nama kena panggil then doktor belek-belek gigi aku. Sekali doktor cakap gigi aku tak cukup. Yes memang tak cukup sebab masa aku sekolah dulu aku pernah cabut gigi tu. Gigi tu bertindan atas bawah so 1 taring tu macam terlalu atas. Sehari berdarah lepas cabut gigi tu. 

Then doktor tu cakap awak kena cabut gigi depan tu sebab nanti gigi tak balance semua. Terus menyesal kenapa la aku gatal sangat nak cabut gigi tu dulu. Hurmm. Kalau betul la gigi depan kena cabut, aku syak aku gi sekolah kena pakai mask sepanjang masa. Pakai mask hitam la boleh la acah2 kpopers sikit. Hahahahahahaha

Vixx Leo omg. Credit google

Next appointment aku 7 Oktober 2019 untuk cabut gigi. Aku dah seram dah pikir nak cabut gigi tu. Takut. Tapi tak pela sebab aku bosan dah gigi aku senget benget. Bertindan sana sini. 28 tahun dah hidup gigi tak cantik. Malu pun ada taw. Kadang confident tu drop macam tu je


Tapi sebelum gi appointment tu, aku nak kena pergi x-ray gigi dulu dekat mana-mana klinik gigi la. Pastu baru doktor tengok-tengok la kot tu. Ini aku tak sure la berapa. Untuk hari ni aku bayar RM200

Ok. Nak cerita total aku tadi, semua sekali termasuk hari ni punya payment RM3500. So aku rasa dah murah sangat dah sebab biasa kalau tanya mesti akan cakap gigi aku ni akan cecah 4k - 5k tau. Pengsan mak. Berbaloi sangat nak buat untuk area jb ni. Klinik dia pun cantik.


Asalnya aku tunggu dekat dalam. Mula-mula dah stress ada sorang tu tengok fb lepas tu sound dia semua orang boleh dengar. Haiyyaa. Lepas tu ni gambar aku ambik dari luar sebab aku lagi stress duk dalam tu. Nampak kan dalam gambar tu ada perempuan tudung pink. Ya Allah ya tuhanku. Aku tak kuat. Dia punya bercerita subhanallah semua orang nak kena dengar cerita dia. Tempat tu kecik. Memang gema la suara dorang. Bercerita tak pandang tak toleh kiri kanan. Itu yang aku lari tunggu dekat luar. Eh membawang pulak.

Ok gaiss see you next time. Doakan gigi sis baik-baik je. Hehehe. Assalamualaikum. Babaiii

Fazliena
25 September 2019
11.48 malam

Also read