Tuesday, August 27, 2019

Journey of gigi cantik

Assalamualaikum and haiii

Lama tak updated. Sebenarnya banyak benda nak update tapi busy sangat tak sempat. Cuma hari ni nak cerita je. Kita dah buat appointment nak buat braces. Yeayyyy. *lompat-lompat*

Sebenarnya dah lama nak pergi. Sebab niat dalam hati, dapat duit kwsp nanti terus nak pergi buat appointment. Tapi baru hari ni baru sempat pergi. After 2 weeks duit kwsp pn dah hilang sikit demi sikit. Hahahaha. Nanti aku update pasal pengeluaran duit kwsp taraf berpencen. 

So hari ni pergi Klinik Pergigian Irma Ariandi, Plaza Larkin JB. Tahu dari kak dani. Sebab bila cerita dekat dia nak buat braces dekat medini dental care ape benda entah dekat Setia Tropika tu je. Bila tanya ada student yang buat kat situ deposit 2000. Pengsan mak. Sebab tu nak tunggu dapat duit kwsp. Sekali kak dani bagitau la kawan dia buat dekat Plaza Larkin cuma tak tahu nama apa. Google-Google, klinik ni je yang ada.

Sumber google

Kalau tahu awal, dah lama pergi buat appointment sebab ramai betul orang penuh kalender. Jadi dalam masa paling cepat 25 September nanti baru dapat consult dengan dentist. Masa tu receptionist cakap bayar RM200. Lepas tu tak sure bayar berapa pulak. Tapi tak pela. Janji dah booking ni. Tak sabar nak bagi gigi i ni cantik. Hahaha. Gigi i ni teruk sangat tau.



See. Atas bawah semua berterabur. Sebab nya zaman kecik-kecik dulu takut nak cabut gigi. Tunggu gigi baru tumbuh baru kalut. Masa tu memang tak guna dah la. Memang senget semua. Haishhh. Itu jela dulu untuk hari ni. Nanti kita sambung journey of gigi cantik ye. Babaii

Fazliena
27 Ogos 2019
8.47 malam

0 orang tengah buat karangan math: