Assalamualaikum
dulu aku jahil..Allah kata jangan bercinta sebelum kawen..aku degil..aku couple..bertahun-tahun aku buat dosa..jahilnya aku..aku taw itu tu salah tapi aku tetap buat..ruginya aku tak bercinta dengan Allah..aku dah bagi cinta aku kat orang yang tak sepatutnya..bukan kepada suami aku..ruginya aku..maafkan aku wahai bakal suami..walaupun aku tak taw dimana kau sekarang..
kini aku sedar..Allah lagi cintakan hambaNya..Allah tak pernah tinggalkan hambaNya..bercinta dengan manusia akan ditinggalkan..tapi Allah tak kan tinggal kita..sayangnya Allah kat kita..sekarang aku dah berhenti mencintai manusia..aku hanya mahu mencintai Allah sepenuh hati aku..aku dah penat bercinta dengan manusia yang hubungan itu tak tahu penghujungnya macam mana..sungguh aku penat dengan semua ini..jangan Kau hadirkan cinta dalam hati ini melainkan cinta untuk suami aku ya Allah..
dulu aku jahil..aku taw tutup aurat tu perlu..tapi aku tak tutup aurat..aku pakai tudung..tapi tudung aku jarang..aku pakai baju lengan panjang..tapi kadang2 teselak..nampak sikit pergelangan tangan..kadang-kadang baju aku kecik..menampakkan bentuk badan aku..aku pakai seluar..tapi seluar aku ketat..nampak bentuk kaki aku..paling sedih..susah sangat aku nak pakai stokin..aku taw kaki tu aurat..tapi aku degil..aku tetap tak pakai stokin..ruginya aku..
kini aku sedar..menutup aurat itu wajib..tak rugi kita menutup aurat demi Allah..disebabkan Allah sayang kita..Dia suruh kita tutup aurat..bile kita tutup aurat, insyaAllah tak dek lagi gangguan manusia..lelaki pun akan segan dengan perempuan yang menutup aurat..sekarang baru aku sedar, nikmatnya menutup aurat..terasa diri ini tidak lagi dinodai oleh mata-mata kaum Adam..biarlah mereka lihat kita selekeh dengan baju besar,seluar besar, tudung besar..yang penting Allah nampak kita cantik..InsyaAllah aku akan berusaha untuk menjaga aurat aku..walaupun tudung aku belum cukup besar, tapi aku akan berusaha untuk itu..
dulu aku jahil..aku tak menjaga pergaulan aku, tingkah laku aku..gelak-gelak sakan itu hobi aku..bercakap dengan suara yang tinggi yang kadang-kadang boleh menarik perhatian kaum Adam..malunya aku..seolah-olah aku telah merendahkan maruah diri aku dihadapan mereka..ruginya aku tidak menjaga akhlak aku..
kini aku sedar..akhlak seorang wanita itu harus dijaga..wanita itu seorang yang cantik..lagi cantik kalau akhlaknya pun cantik macam wajahnya..namun begitu,akhlak yang baik bukannya memerlukan seseorang perempuan itu berlagak manja..ingat..manja itu hanya perlu apabila bersama suami kita..hanya dia yang berhak mendapatnya..bile akhlak kita baik, orang disekeliling akan senang bersama kita..Allah pun akan bertambah sayang dengan kita..insyaAllah..
kini aku berusaha untuk berubah ke arah kebaikan..ke arah yang lebih baik..meninggalkan segala kejahilan yang telah aku lakukan dulu..kejahilan yang sangat merugikan diri aku..tidak rugi untuk kita berubah ke arah yang lebih baik..Allah akan bersama dengan hambaNya yang ingin berubah..kalau kita susah, Allah akan senangkan kita dengan macam-macam jalan..
untuk berubah, memang akan datang macam-macam dugaan untuk kita..tapi ingat..Allah sentiasa ada bersama kita..makin banyak dugaan,makin banyak Allah sayang kat kita..aku cuma berharap agar Allah tetapkan hati aku untuk melakukan perubahan ini..bukan mengharapkan perhatian dari manusia..tapi aku mengharapkan perhatian dariMu ya Allah..syukur Engkau telah buka kan hati ini untuk aku berubah...terima kasih ya Allah..
terima kasih kerana telah meninggalkan aku..walaupun agak menyakitkan tapi aku bersyukur kerana Allah telah buka kan hati aku untuk berubah..jika kau tidak meninggalkan aku, mungkin aku akan terus melakukan dosa kepada Allah..aku bersyukur di atas perpisahan ini..aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau..insyaAllah...aku hanya ingin menunggu dia yang betul2 mencintai aku kerana cintanya kepada Allah..kepadanya akan aku serahkan cinta abadi aku..insyaAllah..^_^
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit..."(Surah Ibrahim:38)

