Tuesday, August 27, 2019

Journey of gigi cantik

Assalamualaikum and haiii

Lama tak updated. Sebenarnya banyak benda nak update tapi busy sangat tak sempat. Cuma hari ni nak cerita je. Kita dah buat appointment nak buat braces. Yeayyyy. *lompat-lompat*

Sebenarnya dah lama nak pergi. Sebab niat dalam hati, dapat duit kwsp nanti terus nak pergi buat appointment. Tapi baru hari ni baru sempat pergi. After 2 weeks duit kwsp pn dah hilang sikit demi sikit. Hahahaha. Nanti aku update pasal pengeluaran duit kwsp taraf berpencen. 

So hari ni pergi Klinik Pergigian Irma Ariandi, Plaza Larkin JB. Tahu dari kak dani. Sebab bila cerita dekat dia nak buat braces dekat medini dental care ape benda entah dekat Setia Tropika tu je. Bila tanya ada student yang buat kat situ deposit 2000. Pengsan mak. Sebab tu nak tunggu dapat duit kwsp. Sekali kak dani bagitau la kawan dia buat dekat Plaza Larkin cuma tak tahu nama apa. Google-Google, klinik ni je yang ada.

Sumber google

Kalau tahu awal, dah lama pergi buat appointment sebab ramai betul orang penuh kalender. Jadi dalam masa paling cepat 25 September nanti baru dapat consult dengan dentist. Masa tu receptionist cakap bayar RM200. Lepas tu tak sure bayar berapa pulak. Tapi tak pela. Janji dah booking ni. Tak sabar nak bagi gigi i ni cantik. Hahaha. Gigi i ni teruk sangat tau.



See. Atas bawah semua berterabur. Sebab nya zaman kecik-kecik dulu takut nak cabut gigi. Tunggu gigi baru tumbuh baru kalut. Masa tu memang tak guna dah la. Memang senget semua. Haishhh. Itu jela dulu untuk hari ni. Nanti kita sambung journey of gigi cantik ye. Babaii

Fazliena
27 Ogos 2019
8.47 malam

Sunday, August 11, 2019

WORDLESS DAY #5


Friday, August 2, 2019

Date

Assalamualaikum semua. Semoga ceria seperti biasa.

So, macam biasa aku nak update aktiviti minggu ni. Hujung minggu selepas gaji macam wajib pulak keluar. Tujuan utama aku ajak siti keluar nak pergi beli cawan dekat ikea nak buat goodies kakak. Kakak ni adik aku yang ke-3. Pastu umie order mulig rack. Sekali cari cawan tu habis pulak dah. *tepuk dahi*


Jadi lepas pusing showroom ikea tu, pergi makan. Plan nak makan chicken chop dia sekali dah tak ada dah. Dah tukar menu lain. Jadi makan jela apa yang ada. Cari port paling nice lighting dia sebab nak bergambar punya pasal. Sekali jumpa port baik punya lighting on point tak ramai orang duduk situ sebab jauh dari sinki dari kaunter dari tangga turun tempat gudang tu.

So, nikmatilah gambar kami ye. Hahahahaa







Lepas makan masuk ambik barang-barang yang diperlukan. Last sekali sebelum sampai gudang dia tu, ada bahagian yang jual bunga plastik bunga hidup. Aku pulak sekarang macam sedang berminat dengan indoor plant. Dah beli satu tapi gatal tangan beli lagi satu. Beli anak pokok je.

Ini pokok baru. Chamaedorea elegans nama dia
Ini pokok lama. Dracaena marginata.

Lepas bayar semua, benda wajib beli karipap dengan yogurt ikea tu. Tak boleh kalau tak beli. Sekali dengan siti terpengaruh makan yogurt sebab asalnya dia tak suka benda-benda berasaskan susu.



Sedikit hasil tangkapan di ikea hari ni

Lepas tu pergi AEON Tebrau sebelah je dengan ikea tu. Asalnya nak tengok langsir dekat kaison tapi tak ada. Pastu teringat pasal benda kat bawah ni. Jenuh pusing banyak kali last sekali tanya adik kaison tu. Rupanya dia baru susun stock baru sampai. Jadi ambik la satu. Ada dua jenis. Kecik dan besar. Sebab nak letak kat bilik je, ambik la yang kecik je.


Sesi bergambar masih diteruskan.



Keluar AEON, pergi tesco setia tropika pulak sebab siti nak minum cool blog. Lepas beli melantak lagi sekali dekat restoran puyuk besar area setia tropika tu. Pekena nasi kakwok. Murah je RM5.00 satu bungkus. Pastu baru la balik rumah. Sakan betul berjalan hari ni.


So, thats all for today. Babai. Jumpa lagi.

 Fazliena
2 Ogos 2019
11.58 malam