Sunday, July 28, 2019
WORDLESS DAY #4
Labels:
Wordless Day
Thursday, July 25, 2019
Birthday treat
Assalamualaikum. Kemain aktif kan sekarang. Sebab rasa macam rugi tak abadikan kenangan dalam ni. Sebab tahu tak ada orang baca. Hahahah
So kisah hari ni pulak, si zura datang sekolah bagi kek dia buat sendiri sempena birthday aku ahad lepas. Rapat betul dengan dia macam dah lama kawan. Zura ni ex guru ganti. Dia ganti kak dani cuti bersalin.
Nak jadi cerita dalam bilik sejarah tu sesi petang aku dengan kak dani je. Bilik sejarah tu pulak dekat ground floor. Bilik guru atas. Jadi bila si zura ni datang, memang jadi rapat la sebab apa-apa kami berdua je dekat bawah tu. Mengutuk mengumpat mengata dengan dia la sepanjang 3 bulan tu.
Lepas dia dah habis pun, kami still contact. Rasa macam adik sendiri dah. Makan sushi time bonanza sama-sama semua. Zura ni cantik. Semua orang nak tackle nak usha dia. Hahaha.
Jadi sebab dia tak sempat nak buat kek masa hari birthday jadi dia buat la semalam. Asalnya nak keluar la dengan dia esok gi cari barang tapi dia kena balik kampung. Itu yang hantar hari ni. Sedap sangat kek dia. Terharu gigih dia buat kek untuk aku.
Terliur kan. Sedap sangat.
Si zura yang baju purple tu. Tengah tu kak aziza. Ketua Panitia sejarah. Paling sporting.
Ok. Sis nak sambung kemas rumah esok boleh tido dengan senang hati. Babai gaissss
Fazliena
24 Julai 2019
11.58 malam
Wednesday, July 24, 2019
Diary Kempas #2
Assalamualaikum
Hari ni dah start pelancaran bulan kemerdekaan. Tema belum umum logo belum ada aku tak tahu kenapa kalut sangat dah nak buat majlis. Awal-awal nak gi mana tak tahu.
Dekat sekolah aku ni, kalau kau jadi ketua kau la kena buat semua kerja. Jadi aku ni macam ketua program la tapi hurmmm malas la nak cakap. Sakit hati bila kita tak tahu apa-apa pastu kena marah, aku pulak kena marah semula. Maksudnya si A marah si B, si B marah aku pulak. Mampus la dengan orang macam ni. Dah kalau aku tak buat, ajar la. Jap lagi dia akan balas pulak, dah awak tak tanya. Ala bodoh je rasa. Aku nak tanya apa dah aku tak tahu nak tanya apa. Benda boleh cakap elok-elok kenapa sampai nak marah-marah nak keluar perkataan tak elok. Aku benci orang macam tu. Bila dah rasa diri tu hebat, terus berlagak. Orang buat salah sikit nak melenting. Benda boleh ajar wehhh. Adoiiii laaaaa. Serabut aku.
Beberapa orang penting hari ini. Thanks semua. |
Tapi alhamdulillah aku dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik, yang sudi memberi kerjasama, menghulurkan bantuan bila perlu, yang sama-sama menjayakan majlis ni. Dorang ni je yang jadi sumber kekuatan aku untuk bertahan kat sekolah tu.
So sebenarnya nak abadikan gambar majlis hari ni kat sini. Terlebih emo terluah perasaan pulak tiba-tiba. Hahahaha. Semoga fazliena dapat keluar dari kehidupan yang penuh dengan toksik ni secepat yang mungkin aminnn InsyaAllah.
Dah la mari la kita tengok gambar yang tak berapa banyak. Gambar dalam dslr sekolah bila entah nak sedut. Nanti la kita update kemudian ya
Eh kenapa dah habis gambar. Hahahaha. Nanti la aku update semula gambar.
Eh memang tak banyak la gambar. Hahaha. Tak pela nanti i sedut gambar kalau rajin i tambah semula ye. Babai tido dulu la macam nak pengsan je rasa penat macam apa dengan kelas full nya hari ni. Eh. Babai lagi sekali. Assalamualaikum.
Dah la mari la kita tengok gambar yang tak berapa banyak. Gambar dalam dslr sekolah bila entah nak sedut. Nanti la kita update kemudian ya
Ini ustaz edham ambik gambar |
Eh kenapa dah habis gambar. Hahahaha. Nanti la aku update semula gambar.
Budak-budak basikal lajak. Buat persembahan |
Eh memang tak banyak la gambar. Hahaha. Tak pela nanti i sedut gambar kalau rajin i tambah semula ye. Babai tido dulu la macam nak pengsan je rasa penat macam apa dengan kelas full nya hari ni. Eh. Babai lagi sekali. Assalamualaikum.
Cg. Fazliena
24 Julai 2019
11.09 malam
Labels:
Kempas
Monday, July 22, 2019
21 july
Assalamualaikum well hello
Alhamdulillah, makin bertambah umur semoga makin bertambah amal ibadat kepada Allah hendaknya InsyaAllah.
Nothing special on my birthday. Masuk kelas mengajar macam biasa. 2 orang students share tarikh birthday yang sama. Anisah 2 Lily dan Jeff 2 Carnation. No surprise as always cause I got no one who wanna surprise me. Kah kah kah
Tapi alhamdulillah sentiasa bersyukur ada keluarga, sahabat yang setia dengan kita. Rakan kerja yang baik. Persetankan yang menyemakkan hidup kita.
So, malam ni keluar makan dengan Siti & Angoh dekat johor steamboat. Free on your birthday. So I makan free jela. Wehuuuu. Thanks sudi meluangkan masa dengan aku yang sendu mendu ini. Alhamdulillah kawan yang masih setia berkawan dengan aku walaupun zaman praktikal gaduh sakan. Kah kah kah.
And I got these cactus from kak dani as my birthday present. Asalnya kirim dekat dia sebab dia pergi jalan2 Cameron Highlands. Tapi bila nak bayar dia cakap x pe. Yang ni hadiah. Kena jaga betul2 la orang dah bagi ni. Seronok sbb sekarang rasa macam nak berjinak tanam pokok hidup.
That's all for today. Thanks for all warm wishes and blessings.
Faz
21 July 2019
11.59 malam
Sunday, July 21, 2019
Happy birthday
Friday, July 19, 2019
WORDLESS DAY #3
Labels:
Wordless Day
Friday, July 12, 2019
Diary Kempas #1
Kelas 2 lily mula 1.25 petang. Salin nota dekat whiteboard untuk budak-budak tu siapkan.
2.00 petang.
Krinnnggggg. Loceng bunyi.
"Ok adam. Nanti modul tolong kumpulkan hantar dekat bilik saya ye."
"Dorang ada yg tak nak hantar la cikgu"
"Tak pe awak kutip je semua ye"
Turun dengan laju nya nak pergi solat. Keluar toilet kecoh dari atas.
"Cikgu fazliena.. Cikgu fazliena.. Cikgu fazliena"
"Apaaaaa. Bising jela korang ni"
"Cikgu. 2 masa la cikgu"
"Ye je dua masa hari ni. 1 kan"
"Laaa cikgu tak caya pulak"
"Kejap saya check"
Masuk surau check jadual. Allah. Betul la 2 masa. Ya Allah kelas aku tak habis lagi selamba badak aku turun nak pergi solat. Nasib budak-budak tu nampak aku keluar dari toilet.
"Kenapa awak tak cakap 2 masa hari ni. Adoii la maaf ye. Saya tak perasan"
"Cikgu dah kenapa keluar awal. Baru cakap pasal air ketum, cikgu dah macam minum air ketum dah"
Kuajaq punya budak cakap aku minum ketum. Haha. Kisah nya sebelum keluar pukul 2 tadi budak duk cerita pasal dadah la air ketum la. Dah sudahnya aku yang nanor tak ingat pasal jadual.
Jadinya sambung la lagi kelas sampai pukul 2.30 petang. Bila fikir balik, terasa dihargai pulak bila budak-budak tu panggil aku masuk kelas semula. Kalau cikgu lain mungkin dorang biar je cikgu keluar awal. Sebab apa dorang panggil? Sebab aku boleh layan loyar buruk dorang mungkin.
Kelas belakang ko nak expect apa? Cemerlang exam? Kadang-kadang rasa cukup la marah dorang. Sebab boleh kata semua nya macam kurang kasih sayang. Budak-budak tu baik je cuma yela naluri dorang nak belajar tu kurang. Nanti yang perangai macam ni la yang akan ingat cikgu dia bila besar nanti.
Semoga budak-budak ni jadi orang yang baik bila besar nanti. InsyaAllah
Cikgu fazliena,
1.42 pagi
12 julai 2019
Labels:
Kempas
Subscribe to:
Posts (Atom)