Assalamualaikum
Hari ni dah start pelancaran bulan kemerdekaan. Tema belum umum logo belum ada aku tak tahu kenapa kalut sangat dah nak buat majlis. Awal-awal nak gi mana tak tahu.
Dekat sekolah aku ni, kalau kau jadi ketua kau la kena buat semua kerja. Jadi aku ni macam ketua program la tapi hurmmm malas la nak cakap. Sakit hati bila kita tak tahu apa-apa pastu kena marah, aku pulak kena marah semula. Maksudnya si A marah si B, si B marah aku pulak. Mampus la dengan orang macam ni. Dah kalau aku tak buat, ajar la. Jap lagi dia akan balas pulak, dah awak tak tanya. Ala bodoh je rasa. Aku nak tanya apa dah aku tak tahu nak tanya apa. Benda boleh cakap elok-elok kenapa sampai nak marah-marah nak keluar perkataan tak elok. Aku benci orang macam tu. Bila dah rasa diri tu hebat, terus berlagak. Orang buat salah sikit nak melenting. Benda boleh ajar wehhh. Adoiiii laaaaa. Serabut aku.
Beberapa orang penting hari ini. Thanks semua. |
Tapi alhamdulillah aku dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik, yang sudi memberi kerjasama, menghulurkan bantuan bila perlu, yang sama-sama menjayakan majlis ni. Dorang ni je yang jadi sumber kekuatan aku untuk bertahan kat sekolah tu.
So sebenarnya nak abadikan gambar majlis hari ni kat sini. Terlebih emo terluah perasaan pulak tiba-tiba. Hahahaha. Semoga fazliena dapat keluar dari kehidupan yang penuh dengan toksik ni secepat yang mungkin aminnn InsyaAllah.
Dah la mari la kita tengok gambar yang tak berapa banyak. Gambar dalam dslr sekolah bila entah nak sedut. Nanti la kita update kemudian ya
Eh kenapa dah habis gambar. Hahahaha. Nanti la aku update semula gambar.
Eh memang tak banyak la gambar. Hahaha. Tak pela nanti i sedut gambar kalau rajin i tambah semula ye. Babai tido dulu la macam nak pengsan je rasa penat macam apa dengan kelas full nya hari ni. Eh. Babai lagi sekali. Assalamualaikum.
Dah la mari la kita tengok gambar yang tak berapa banyak. Gambar dalam dslr sekolah bila entah nak sedut. Nanti la kita update kemudian ya
Ini ustaz edham ambik gambar |
Eh kenapa dah habis gambar. Hahahaha. Nanti la aku update semula gambar.
Budak-budak basikal lajak. Buat persembahan |
Eh memang tak banyak la gambar. Hahaha. Tak pela nanti i sedut gambar kalau rajin i tambah semula ye. Babai tido dulu la macam nak pengsan je rasa penat macam apa dengan kelas full nya hari ni. Eh. Babai lagi sekali. Assalamualaikum.
Cg. Fazliena
24 Julai 2019
11.09 malam
0 orang tengah buat karangan math:
Post a Comment