Friday, July 12, 2019

Diary Kempas #1

Kelas 2 lily mula 1.25 petang. Salin nota dekat whiteboard untuk budak-budak tu siapkan. 

2.00 petang.

Krinnnggggg. Loceng bunyi.

"Ok adam. Nanti modul tolong kumpulkan hantar dekat bilik saya ye."

"Dorang ada yg tak nak hantar la cikgu"

"Tak pe awak kutip je semua ye" 

Turun dengan laju nya nak pergi solat. Keluar toilet kecoh dari atas. 

"Cikgu fazliena.. Cikgu fazliena.. Cikgu fazliena" 

"Apaaaaa. Bising jela korang ni"

"Cikgu. 2 masa la cikgu"

"Ye je dua masa hari ni. 1 kan"

"Laaa cikgu tak caya pulak" 

"Kejap saya check" 

Masuk surau check jadual. Allah. Betul la 2 masa. Ya Allah kelas aku tak habis lagi selamba badak aku turun nak pergi solat. Nasib budak-budak tu nampak aku keluar dari toilet. 

"Kenapa awak tak cakap 2 masa hari ni. Adoii la maaf ye. Saya tak perasan"

"Cikgu dah kenapa keluar awal. Baru cakap pasal air ketum, cikgu dah macam minum air ketum dah" 

Kuajaq punya budak cakap aku minum ketum. Haha. Kisah nya sebelum keluar pukul 2 tadi budak duk cerita pasal dadah la air ketum la. Dah sudahnya aku yang nanor tak ingat pasal jadual. 

Jadinya sambung la lagi kelas sampai pukul 2.30 petang. Bila fikir balik, terasa dihargai pulak bila budak-budak tu panggil aku masuk kelas semula. Kalau cikgu lain mungkin dorang biar je cikgu keluar awal. Sebab apa dorang panggil? Sebab aku boleh layan loyar buruk dorang mungkin. 

Kelas belakang ko nak expect apa? Cemerlang exam? Kadang-kadang rasa cukup la marah dorang. Sebab boleh kata semua nya macam kurang kasih sayang. Budak-budak tu baik je cuma yela naluri dorang nak belajar tu kurang. Nanti yang perangai macam ni la yang akan ingat cikgu dia bila besar nanti. 

Semoga budak-budak ni jadi orang yang baik bila besar nanti. InsyaAllah 

Cikgu fazliena,
1.42 pagi
12 julai 2019

0 orang tengah buat karangan math: