Assalamualaikum. Kemain aktif kan sekarang. Sebab rasa macam rugi tak abadikan kenangan dalam ni. Sebab tahu tak ada orang baca. Hahahah
So kisah hari ni pulak, si zura datang sekolah bagi kek dia buat sendiri sempena birthday aku ahad lepas. Rapat betul dengan dia macam dah lama kawan. Zura ni ex guru ganti. Dia ganti kak dani cuti bersalin.
Nak jadi cerita dalam bilik sejarah tu sesi petang aku dengan kak dani je. Bilik sejarah tu pulak dekat ground floor. Bilik guru atas. Jadi bila si zura ni datang, memang jadi rapat la sebab apa-apa kami berdua je dekat bawah tu. Mengutuk mengumpat mengata dengan dia la sepanjang 3 bulan tu.
Lepas dia dah habis pun, kami still contact. Rasa macam adik sendiri dah. Makan sushi time bonanza sama-sama semua. Zura ni cantik. Semua orang nak tackle nak usha dia. Hahaha.
Jadi sebab dia tak sempat nak buat kek masa hari birthday jadi dia buat la semalam. Asalnya nak keluar la dengan dia esok gi cari barang tapi dia kena balik kampung. Itu yang hantar hari ni. Sedap sangat kek dia. Terharu gigih dia buat kek untuk aku.
Terliur kan. Sedap sangat.
Si zura yang baju purple tu. Tengah tu kak aziza. Ketua Panitia sejarah. Paling sporting.
Ok. Sis nak sambung kemas rumah esok boleh tido dengan senang hati. Babai gaissss
Fazliena
24 Julai 2019
11.58 malam
0 orang tengah buat karangan math:
Post a Comment